Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Beri spektrum tidak diguna kepada pihak berminat bangunkan telekomunikasi

    KUCHING, 22 MEI – Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memperuntukkan spektrum yang tidak digunakan kepada pihak yang berminat untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi di negeri itu.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata langkah ini akan membolehkan usaha perluasan liputan Internet di negeri itu dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien.

    “Saya difahamkan spektrum yang diperuntukkan kepada pemegang lesen sedia ada tidak digunakan sepenuhnya dalam pembangunan kesalinghubungan terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya.

    Semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, beliau turut mencadangkan supaya MCMC mendapatkan pengesahan dan persetujuan kerajaan negeri sebelum memperuntukkan spektrum kepada mana-mana pihak yang ingin beroperasi, selaras dengan pindaan Kanun Tanah Sarawak.

    “Pindaan Seksyen-Seksyen 2, 36 dan 213 di bawah Kanun Tanah Sarawak tahun lepas telah memberi kuasa kepada kerajaan Sarawak untuk mengawal selia ruang udara termasuk pengurusan dan penggunaan spektrum,” katanya.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...