Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Gambar oleh Infofoto

    SINGAPURA, 24 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini, berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong, dan isteri, Wong.

    Semasa majlis mengadap itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai isu-isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama di antara kedua-dua buah negara.

    Majlis mengadap berlangsung di Hotel St Regis, Republik Singapura.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan bergambar ramai bersama TYT Lawrence Wong dan isteri semasa majlis mengadap di Hotel St Regis, Republik Singapura, kelmarin.
    Baginda Sultan ketika berkenan menerima mengadap TYT Lawrence Wong.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...