Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bruce Willis bersara akibat aphasia

    Siapa yang tidak mengenali Bruce Willis yang popular dengan lakonan filem Die Hard. Bruce Willis dikatakan bakal mengakhiri dari membintangi layar Hollywood kerana penyakit aphasia yang dihidapinya ini.

    Menurut The Guardian, pihak keluarga Willis memaklumkan bahawa Willis sedang menghadapi masalah kesihatan dan telah didiagnos menghidapi penyakit aphasia.

    Mahkota bagi seorang pelakon adalah keupayaan menyampaikan dialog dengan baik. Tentu sukar buat Willis yang hilang keupayaan berbicara se-hingga terpaksa bersara dari dunia lakonan yang diceburinya sejak 1970an lagi.

    Pihak keluarganya berkata setelah membuat pertimbangan adalah baik untuk Willis mengakhiri kerjaya sebagai seorang pelakon.

    Menerusi kiriman di laman sosial keluarganya itu, situasi ini merupakan cabaran buat mereka sekeluarga.

    Bruce Willis dikatakan bakal mengakhiri membintangi layar Hollywood kerana penyakit aphasia yang dihidapinya. – Agensi

    Dalam masa yang sama, mereka sangat menghargai kasih sayang sokongan yang diberikan oleh peminat. Akan tetapi, pihak keluarga Willis tidak menyatakan punca aphasia menyerang aktor berkenaan.

    Menurut MyHealth, penyakit aphasia merupakan penyakit tidak boleh bercakap selepas diserang penyakit strok.

    Bukan itu sahaja, pesakit aphasia turut berhadapan kesukaran untuk memahami pertuturan orang lain, membaca serta hilang keupayaan untuk menulis. Kebiasaannya, punca utama mereka yang menghidapi aphasia ialah serangan strok.

    Bagaimanapun, aphasia juga boleh disebabkan oleh kerosakan bahagian otak yang mengawal percakapan.

    Aphasia terbahagi kepada tiga jenis iaitu, Aphasia Type 1 (Masalah untuk memahami pertuturan). Individu yang menghidapi aphasia itu boleh mendengar percakapan orang lain tetapi mereka tidak dapat memahami ayat yang disampaikan penutur. Situasi akan bertambah sukar sekiranya terdapat percampuran bahasa di dalam percakapan seseorang.

    Mereka dapat memahami sesuatu berdasarkan penyampaian seseorang dari segi reaksi muka, nada suara dan isyarat perkataan yang menghasilkan percampuran bunyi.

    Bagi seseorang yang kurang terjejas dengan aphasia, mereka boleh memahami perbualan singkat tetapi bukan perbualan yang panjang walaupun mereka berupaya menggabungkan perkataan menjadi ayat pendek.

    Aphasia Type 2 (Masalah untuk mengenali huruf dan menggabungkan sebagai ayat). Individu yang mengalami jenis ini berupaya untuk memahami perbualan tetapi menghadapi kesukaran memilih perkataan yang tepat.

    Mereka juga keliru tentang perkataan yang berada dalam kelompok kategori sama. Bagi penghidap aphasia jenis ini yang berada di tahap ringan atau sederhana teruk, mereka hanya mampu menghasilkan perkataan asas. Ketidakupayaan menghasilkan dan memahami perkataan lengkap menjadikan pesakit aphasia kecewa dengan kekurangan diri. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...