Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Buat video ‘kacau’, 4 ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 23 SEPT – Empat individu yang dikaitkan dengan video tular memaparkan beberapa individu melakukan perbuatan yang tidak berasas di sebuah pasar raya di kawasan Pandan 7, Kuala Belait, pada 22 September, telah ditahan.

    Mereka ditahan di Balai Polis Kuala Belait untuk siasatan lanjut, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    PPDB menyatakan, menerusi dua sesi rakaman video tersebut, kelihatan empat individu (suspek) telah membuat rakaman mereka mengambil dan membuka botol minuman yang berada di ruangan penjualan minuman lalu meminumnya kemudian meletakkannya kembali.

    Siasatan kemudian dijalankan dan telah berhasil membuat penahanan ke atas kesemua suspek bagi membantu pihak polis menjelaskan serta membuat siasatan lanjut di sebalik perbuatan mereka itu.

    Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 35, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 iaitu menyiarkan maklumat palsu yang menimbulkan kebimbangan dan kekacauan orang ramai.

    Kenyataan menekankan, PPDB akan sentiasa berusaha dalam menjalankan pemantauan, menjejak dan mengesan sebarang kegiatan-kegiatan yang bersalahan di samping membuat penangkapan ke atas penjenayah-penjenayah yang berhasrat untuk mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan di negara ini.

    Lokasi di sebuah pasar raya tempat bebe-rapa individu melakukan perbuatan tidak berasas. – Gambar serahan PPDB
    Antara minuman yang dirakam dalam video suspek di sebuah pasar raya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...