Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    China eksport buah-buahan kumpulan pertama ke Malaysia

    NANNING, 6 APRIL – Sebuah pesawat kargo membawa buah oren seberat dua tan berlepas ke Malaysia selepas melalui prosedur pelepasan kastam di Lapangan Terbang Nanning, China baru-baru ini.

    Ia adalah penghantaran pertama barangan eksport dari wilayah Guangxi melalui Lapangan Terbang Nanning, di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) Malaysia.

    Sejak awal tahun ini, kastam Lapangan Terbang Wuxu Nanning telah membantu Pelabuhan Lapangan Terbang Nanning untuk menambah empat laluan pesawat kargo antarabangsa.

    Kini, laluan penerbangan dari Nanning meliputi pelbagai negara anggota RCEP termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja, dan Filipina.

    Pelabuhan Lapangan Terbang Nanning kini merupakan hab penerbangan serantau yang berorientasikan ASEAN.

    Selain dapat menikmati tarif sifar, usaha mengeksport buah oren itu sekali gus membantu buah-buahan dari Guangxi memasuki pasaran Asia Tenggara.

    Bagi memastikan kesegaran buah yang dieksport itu, Kastam Lapangan Terbang Wuxu Nanning telah menyediakan pelan pelepasan kastam terlebih dahulu dan membuka laluan hijau bagi memudahkan pelepasan kastam yang cepat.

    Sehingga kini, jumlah import dan eksport kargo Lapangan Terbang Nanning ke negara anggota RCEP mencatat lebih 6,475 tan, meningkat 358.67 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Daripada angka tersebut, penghantaran kargo antara Malaysia mencecah 1,264 tan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...