Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    China, Thailand mulakan latihan bersepadu

    BANGKOK, 14 OGOS – Thailand dan China akan memulakan latihan bersepadu tentera udara hari ini, menurut kenyataan tentera Thailand, latihan pertama yang diadakan sejak beberapa tahun susulan penularan COVID.

    Latihan ‘Falcon Strike’ diadakan selepas latihan terbesar tentera China di sekitar Taiwan, yang dijalankan sebagai tindak balas lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi.

    Ketua Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee berkata ‘Falcon Strike’, yang dijalankan 14 hingga 25 Ogos di bahagian utara negara itu, bertujuan untuk ‘mengukuhkan hubungan dan persefahaman’ bersama China.

    Kontinjen tentera China ke Thailand termasuk jet pejuang, pengebom dan pesawat amaran awal, menurut kementerian pertahanan di Beijing minggu lalu.

    Ia menambah latihan itu akan melibatkan sokongan udara, serangan ke atas sasaran darat, penempatan tentera berskala kecil dan besar.

    Seorang penduduk berjalan melintasi mural menunjukkan helikopter dan jet pejuang di wilayah Fujian, China. Thailand dan China memulakan latihan bersepadu tentera udara, kelmarin. – AP

    Latihan tentera udara Thailand-China sering dijalankan sejak 2015 sebelum terhenti akibat penularan pandemik.

    Washington meluahkan kebimbangan memuncak mengenai sikap mendesak China di rantau Pasifik, dan minggu lalu melancarkan latihan ‘Perisai Super Hipotesis’ di Indonesia bersama sekutunya.

    Thailand ingin mengukuhkan hubu-ngan pertahanannya dengan China, dan antara negara pertama yang membeli perkakas tentera laut China di bawah perjanjian yang dimuktamadkan pada 2017.

    Walau bagaimanapun, pada 2020, perjanjian berikutnya bernilai AS$724 juta untuk dua buah kapal selam buatan China terpaksa ditangguhkan selepas kemarahan awam.

    Perbalahan mengenai enjin kapal mungkin menyebabkan penghantarannya ditangguhkan sehingga 2024, menurut laporan media tempatan bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...