Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    City alih tumpuan menangi Liga Perdana

    LONDON, 6 MEI – Manchester City mesti membuat kebangkitan semula semasa menerima kunjungan Newcastle di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara dan berisiko menamatkan musim ini dengan tangan kosong.

    Anak buah Pep Guardiola, tersingkir selepas mensia-siakan kelebihan dua gol pada minit akhir perlawanan separuh akhir menentang Real Madrid untuk tewas 6-5 secara agregat, berada satu mata di hadapan The Reds, yang berada di kedudukan kedua.

    Di bahagian bawah carta liga, Norwich telah pun disingkirkan dari EPL dan Watford berkemungkinan besar akan mengikuti jejak Norwich beraksi di Liga Kejuaraan, sementara Burnley, Leeds atau Everton akan terus berjuang untuk mengelak daripada disingkirkan pada musim hadapan.

    City tahu matlamatnya adalah mudah iaitu mereka harus menangi baki empat perlawanan EPL untuk dinobatkan sebagai juara buat kali keempat dalam lima musim.

    Jurulatih The Citizens, Guardiola yakin pasukannya boleh mengenepikan penderitaan mereka selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara tetapi dia mengakui pasukannya tidak mempunyai sebarang ruang lagi untuk kesilapan. – AFP

    Pengurus Manchester City, Pep Guardiola (kiri) mahu pasukannya untuk kekal fokus untuk merangkul gelaran juara Liga Perdana. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...