Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

City tundukkan Palace

LONDON, 12 MAC – Manchester City merapatkan jurang dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Arsenal apabila sepakan penalti Erling Haaland memberikan kemenangan 1-0 menentang Crystal Palace kelmarin.

Skuad bimbingan Pep Guardiola bergelut untuk menembusi pertahanan Palace sehingga Haaland menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika perlawananberbaki 12 minit di Selhurst Park yang dilanda hujan.

Gol ke-34 Haaland dalam semua pertandingan sejak menyertai daripada Borussia Dortmund tahun lalu cukup untuk memastikan kemenangan kelima City dalam enam perlawanan terakhir mereka dalam liga.

Setelah mengekalkan tekanan ke atas Arsenal, juara bertahan itu berharap anak buah Mikel Arteta tersilap langkah apabila mereka bertandang ke Fulham pada Ahad.

“Sudah tentu Arsenal sedang mengalami rentak yang luar biasa. Namun kami masih di sana,” kata Guardiola.

“Di sini dalam perlawanan musim sejuk yang sukar, kami berada di sana sepanjang masa dan akhirnya kami memenanginya,” tambahnya.

City tidak berada pada tahap terbaik mereka tetapi kemenangan sukar ini adalah penting untuk menghalang Arsenal mara lebih jauh dalam perlumbaan kejuaraan.

“Pengalaman saya adalah setiap kali kami datang ke sini ia sentiasa sukar. Kami sentiasa berjuang kerana kami mahu menjaringkan lebih banyak gol,” kata Guardiola.

“Mereka akan membuang masa jadi kami perlu menekan untuk melakukannya. Semuanya menggembirakan saya. Ia tidak mudah, mereka mempertahankan enam pemain di kotak penalti dan terdapat dua pemain yang me-ngawal Haaland. Ia membabitkan soal kesabaran,” tambahnya.

Kini Haaland dan pasukannya akan memberi tumpuan kepada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Leipzig di Manchester pada Selasa, dengan kedudukan agregat 1-1. – AFP

Reaksi Erling Haaland selepas menjaringkan gol untuk pasukannya di stadium Selhurst Park, di London. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -