Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    CSB sertai webinar anjuran CSM

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN,18 MAC – Cyber Security Brunei (CSB) bersama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Indonesia dan Singapura telah menyertai webinar sempena Safer Internet Day 2022, yang dianjurkan oleh Cyber Security Malaysia (CSM) bertajuk ‘Webinar Kita Siber Serumpun’ menerusi penstriman saluran Youtube Live, baru-baru ini.

    Sesi berkenaan dikendalikan oleh pengacara TV dan penerbit RTM, Shahril Sarapudin.

    Manakala, acara tersebut menampilkan empat orang ahli panel terdiri daripada Pengiran Mohd Farid Zulhusni bin Pengiran Aziz dari CSB; Lt. Kol (B) Mustaffa Ahmad dari CSM; Adi Nugroho dari Badan Siber dan Sandi Negara Indonesia (BSSN); Farhanah Hussin Bagharib dan Intan Safinas binti Mohd Tawfik dari Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).

    Para ahli panel semasa webinar berkenaan mengetengahkan tentang peranan pengguna Internet dalam mewujudkan keharmonian dalam komuniti digital, cara membina hubungan positif dalam talian dan kepentingan mengamalkan komunikasi dalam talian yang beretika.

    Semasa webinar tersebut berlangsung, setiap ahli panel turut mengongsikan inisiatif mereka untuk mendekati orang ramai dan mempromosikan penggunaan Internet yang selamat di negara masing-masing.

    Majlis berkenaan diakhiri dengan penampilan istimewa oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias Al Hafiz, seorang penceramah terkenal dari Malaysia. 

    Acara tersebut di hadiri oleh lebih 500 orang dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura yang menyaksikannya secara langsung dan mengambil bahagian dalam sesi soal jawab interaktif.

    Rakaman webinar boleh didapati di saluran YouTube CSM.

    Ahli-ahli panel dari Brunei, Malaysia, Indonesia dan Singapura serta penceramah undangan hadir pada sesi tersebut yang diadakan menerusi penstriman saluran Youtube Live. – Gambar serahan CSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...