Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Dana berkanun perlu pilih pelaburan pelbagai

KUALA LUMPUR, 12 MAC – Langkah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk menswastakan Boustead Holdings Bhd (BHB)  telah mencetuskan perbincangan sama ada dana berkanun itu harus memilih pelaburan yang pelbagai berban-ding menumpukan pada satu skop sahaja.

Pakar Ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata dana berkanun, seperti LTAT, yang wangnya adalah milik penyimpan, iaitu anggota Angkatan Tentera dan pesara harus melabur melalui pengurus dana, memaksimumkan pulangan sebagai dana yang memberi manfaat kepada penyumbang. 

“Pengurus dana akan melabur dalam firma yang berprestasi baik dan berhenti melabur dalam firma yang berprestasi rendah, dan tidak seharusnya dana berkanun itu memegang jawatan yang dominan, lebih-lebih lagi jawatan yang mengawal, serta terlibat dalam pengendalian syarikat.

“Apabila dana persaraan ini menjadi pemegang saham yang penting, ia akan menimbulkan kebejatan  moral, seperti ia diwajibkan untuk kekal walaupun berprestasi buruk kerana ia  ‘milik awda’, dan awda mula campur tangan, menggunakan lebih banyak wang untuk mengatasi masalah itu, sedangkan wang itu pula adalah milik orang lain, iaitu wang yang awda sepatutnya guna untuk mendapatkan pulangan,” kata Nungsari kepada Bernama.

Sebelum ini, LTAT menawarkan untuk mengambil alih kesemua baki 822.51 juta (40.58 peratus) saham biasa dalam BHB pada harga 85.5 sen sesaham untuk jumlah RM703.25 juta. BHB berkata setakat tarikh praktik terkini, LTAT secara langsung memegang 1.20 bilion saham BHB mewakili 59.42 peratus daripada jumlah saham terbitan dalam BHB.

Dalam pada itu, Pharmaniaga Bhd yang diklasifikasikan di bawah Nota Amalan-17, yang BHB memiliki 52 peratus kepentingan, mencetuskan kerugian besar terhadap kewangan BHB selepas ia mengalami kerugian bersih RM644.4 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2022 di tengah-tengah peruntukan RM552.3 juta untuk inventori vaksin COVID-19 yang bergerak perlahan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -