Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Dhabitah raih pingat perak Sukan Komanwel 2022

    BIRMINGHAM, 8 OGOS – Buat seketika, segalanya berjalan lancar buat atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri dalam misinya menyumbang pingat emas terjun pertama negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

    Namun, beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

    Saingan terdekatnya Maddison Keeney dari Australia meraih 75.95 mata menerusi terjunan keempat untuk merampas kedudukan teratas.

    Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bangkit untuk memperoleh 67.50 mata selepas terjunan kelima dan terakhir. Bagaimanapun sudah terlewat untuk mengatasi Keeney yang terus menunjukkan aksi mantap bagi memikat para juri dengan 72.00 mata sekali gus membawa pulang emas buat Australia.

    Seorang lagi atlet terjun negara Ong Ker Ying menduduki tempat ke-12 dengan 231.60 mata.

    Nur Dhabitah yang ditemui selepas pusingan akhir 3m papan anjal di Sandwell Aquatics Centre itu memberitahu bahawa dia berpuas hati dengan keputusan tersebut. – Bernama

    Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menunjukkan pingat yang dimenanginya dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran akhir sempena Sukan Komanwel 2022 Birmingham di Sandwell Aquatics Centre pada Isnin.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...