Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Dua calon presiden rayu undian semula

    JAKARTA, 28 MAC – Mahkamah tertinggi Indonesia mendengar rayuan yang dibuat oleh dua calon presiden yang kalah yang menuntut undian semula, sambil mendakwa berlaku penyelewengan dan penipuan yang berleluasa dalam pilihan raya di hadapan hakim kelmarin.

    Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto memenangi pilihan raya dengan majoriti yang besar iaitu 58.6 peratus, atau lebih daripada 96 juta undi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum – lebih dua kali ganda daripada bahagian naib juara dalam persaingan tiga penjuru.

    Namun, calon yang kalah – bekas Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo – berhujah bahawa pilihan raya itu telah dicemari oleh penyelewengan sepanjang kempen. Mereka meminta Mahkamah Perlembagaan membatalkan keputusan pilihan raya dan mengarahkan undian semula, melalui tuntutan berasingan.

    Kedua-dua calon itu membentangkan sebahagian kes mereka secara peribadi, dengan menumpukan kepada dakwaan bahawa mahkamah itu sendiri, serta Presiden Joko Widodo yang akan meninggalkan jawatan, telah melanggar undang-undang dan norma untuk menyokong Subianto.

    “Kita menyaksikan dengan penuh kebimbangan satu siri penyelewengan yang telah mencemarkan integriti demokrasi kita,” kata Baswedan kepada mahkamah.

    Berpuluh-puluh penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan aman tetapi riuh berhampiran bangunan mahkamah, mengatakan bahawa mereka mahu mendengar perbicaraan itu. Pihak berkuasa menutup jalan yang menuju ke mahkamah di mana kira-kira 400 anggota polis dikerahkan di sekitar bangunan tersebut. – AP

    Baswedan bercakap dengan wartawan di Mahkamah Perlembagaan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...