Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Dybala bantu Roma catat keputusan seri

    MILAN, 28 OGOS – Penyerang Roma, Paulo Dybala kembali ke Juventus dan membantu pasukannya menyamakan kedudukan meskipun rekod cemerlang Roma di Serie A berakhir kelmarin dan keputusan perlawanan bertambah buruk buat pasukan Jose Mourinho.

    Dusan Vlahovic menjaringkan selepas 76 saat perlawanan bermula dan Juventus dilihat menguasai perlawanan sehingga Tammy Abraham menyamakan kedudukan pada minit ke-69.

    “Selepas separuh masa pertama, saya sangat malu dengan pemain-pemain saya. Saya beritahu mereka semasa di bilik persalinan bahawa saya malu jadi jurulatih mereka. Saya berharap semasa 30 minit pertama perlawanan ditamatkan dan kami hanya tewas 1-0,” kata Mourinho.

    Dengan keputusan seri tersebut, Roma tercicir mata buat kali pertama selepas mencatatkan dua kemenangan sebelum ini. Napoli, yang akan bermain menentang Fiorentina hari ini, menjadi satu-satunya kelab di Serie A yang mengekalkan rekod sempurna.

    Ia adalah kepulangan penuh emosi buat Dybala, yang membuat penampilan terakhir untuk Juventus di laman sendiri pada Mei lalu.

    Dybala menghabiskan tujuh tahun di Juventus, menjaringkan 115 gol dan membantu The Bianconeri merangkul 12 trofi, termasuk lima gelaran Serie A.

    Tetapi pemain Argentina itu sering mengalami kecederaan dan semakin disisihkan oleh jurulatih Massimilano Allegri selepas Juventus menandatangani Vlahovic pada Januari. Dia meninggalkan kelab Turin itu apabila kontraknya tamat, dan menyertai Roma pada Julai.

    Dybala diberikan tepukan oleh peminat Juventus apabila namanya diumumkan semasa sesi pemanas badan dan mereka meminta pemain itu untuk sebelum sepak mula. Dia masih berusaha mendapatkan gol pertama bersama kelab baharunya.

    Juventus dilihat cuba bangkit selepas terikat seri tanpa jaringan menentang Sampdoria pada Isnin dan mereka segera menjaringkan gol melalui sepakan percuma Vlahovic. – AP

    Reaksi Paulo Dybala semasa pertemuan antara Roma menentang Juventus di Turin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...