Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ejen pelancongan terima penghargaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Sabre Travel Network Brunei baru-baru ini telah menghargai ejen-ejen pelancongan di Brunei pada Majlis Malam Penghargaan yang berlangsung di Peak Performance Poolside, Bangunan Utama RBRC.

    Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu di sini hari ini, majlis penghargaan turut diselajurkan dengan sambutan ulang tahun ke-7 syarikat dan menghargai rakan-rakan industri pelancongan atas sumbangan mereka.

    Majlis dihadiri oleh Pengarah Sabre Travel Network Brunei, Dayang Ida Marsita binti Haji Hidup yang juga menyempurnakan penyampaian Anugerah Ejen Pelancongan Teratas kepada 10 agensi pelancongan di negara ini. Menerima anugerah itu di tempat pertama sehingga kelima mengikut turutan ialah Pan Bright Travel Sdn Bhd Kuala Belait, Southern Cross Travel Agencies Sdn Bhd, Pan Bright Travel Service Sdn Bhd BSB, Freme Travel Services Sdn Bhd dan Anthony Tours & Travel Agency Sdn Bhd.

    Lima lagi pemenang lain ialah Century Travel Centre Sdn Bhd, Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd; Darussalam Holdings Sdn Bhd; Freme Travel Services Sdn Bhd, Kuala Belait; dan JJ Tour Service (B) Sdn Bhd.

    Lebih 140 orang perwakilan dari pelbagai agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan pejabat-pejabat pelancongan kebangsaan termasuk Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), Singapore Airlines, Bank Baiduri Berhad, Cityneon Brunei, dan Tourism Malaysia Brunei Darussalam telah menghadiri majlis berkenaan.

    Pemangku Pengurus Besar Sabre Travel Network Brunei, Awang Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman berkata acara tahunan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh pelbagai industri pelancongan di mana sehingga mampu menghimpunkan seluruh golongan daripada ekosistem yang sama.

    “Ia juga menjadi peluang yang baik untuk golongan industri pelancongan bersama-sama meraikan pencapaian rakan sebaya mereka, dan untuk kami menghargai rakan kongsi atas sokongan besar mereka,” tambahnya.

    Dayang Ida Marsita bergambar ramai dengan perwakilan penerima anugerah semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Sabre Travel Network Brunei

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...