Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Eksport makanan tani Peru ke Malaysia meningkat

    KUALA LUMPUR, 7 FEB – Eksport produk makanan tani Peru ke Malaysia meningkat 51.7 peratus dari tahun ke tahun dalam tempoh Januari hingga Oktober 2021.

    Menurut kenyataan daripada Fruitnet Media International, Malaysia merupakan pasaran eksport kedua terbesar di Asia Tenggara untuk produk makanan tani Peru pada 2020, bernilai AS$6.4 juta.

    Produk makanan tani utama yang dieksport ke negara ini adalah biji koko mentah, naik 58.2 peratus dalam tempoh yang sama pada 2020.

    Fruitnet adalah penganjur acara terkemuka di dunia untuk perniagaan buah-buahan dan sayur-sayuran antarabangsa.

    Di peringkat serantau, perdagangan antara Peru dan Asia dalam sektor buah-buahan serta sayuran juga mencatatkan kemajuan positif pada tahun lepas, katanya.

    Peru telah berjaya meletakkan dirinya sebagai pengeksport global terkemuka untuk beri biru selepas mengeksport 162,459 tan metrik dalam kempen terakhirnya, dengan eksport ke Malaysia menokok sebanyak 409.9 peratus pada tahun lepas berbanding 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...