Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Empat maut, 14 cedera gempa landa Sichuan

    BEIJING, 1 JUN – Empat terkorban manakala 14 lagi cedera selepas dua gempa bumi melanda barat daya China hari ini, lapor media kerajaan.

    Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud itu melanda di kawasan yang tidak ramai penduduknya di wilayah Sichuan kira-kira 100km dari barat wilayah bandar Chengdu, kata badan penyiaran CCTV.

    Ia disusuli tiga minit kemudian oleh gempa bumi kedua yang berukuran 4.5 skala Richter di daerah berdekatan di mana kematian dan kecederaan berlaku, menurut CCTV.

    Rakaman yang diperolehi oleh syarikat penyiaran itu menunjukkan puluhan kanak-kanak menjerit dan bersembunyi di bawah meja ketika bangunan mereka mula bergoncang, sebelum keluar dari bilik darjah dengan tangan di kepala mereka.

    Video lain dalam media sosial daripada penyiaran kerajaan, CGTN menunjukkan gempa bumi pertama mencetuskan tanah runtuh yang memusnahkan kereta-kereta dengan batu-batan serta tanah menimbus jalan.

    Anggota pasukan penyelamat perubatan bersedia untuk bergerak ke Chengdu, Sichuan, China pada 1 Jun. – Xinhua

    “Saya dapat merasakannya dengan jelas – pintu di pejabat saya berayun ke depan dan belakang,” kata Guo yang bekerja di sebuah bangunan tinggi di Chengdu.

    “Beberapa rakan saya lari ke tangga untuk….menuju ke ruang terbuka,” katanya kepada AFP.

    Pihak berkuasa di bandar Ya’an menghantar lebih 4,500 orang ke kawasan gempa termasuk pekerja penyelamat, bomba dan pasukan polis tentera, lapor CCTV.

    Pusat Rangkaian Gempa Bumi China berkata gempa bumi pertama di daerah Lushan, Ya’an, melanda pada kedalaman 17km sekitar jam 5 petang.

    Jabatan Geologi AS berkata gempa didaftarkan pada ukuran 5.9 magnitud dengan kedalaman 10km.

    Gegaran dapat dirasakan di bandar-bandar seluruh wilayah Sichuan, memusnahkan beberapa tiang telekomunikasi, lapor media kerajaan.

    Pihak berkuasa wilayah berkata beberapa bangunan telah rosak namun tidak ada laporan awal sebarang struktur runtuh.

    Pada taklimat malam ini, para pegawai di biro gempa bumi wilayah berkata gempa bumi pertama adalah kejutan lanjut daripada gempa bumi 7.0 pada 2013 yang membunuh sekitar 200 orang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...