Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    England catat lebih 400,000 tumpahan kumbahan

    LONDON, 27 MAC – Statistik rasmi yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bilangan saluran air yang melimpah dengan kumbahan di England tahun lalu mencatatkan rekod tertinggi, membangkitkan kemarahan aktivis yang mahukan sungai dan laut yang lebih bersih.

    Agensi Alam Sekitar melaporkan terdapat 464,056 insiden tumpahan kumbahan pada 2023 – meningkat 54 peratus daripada 301,091 pada tahun sebelumnya dan merupakan yang tertinggi sejak data mula dikumpul pada 2016.

    Secara keseluruhan, terdapat 3.61 juta jam tumpahan air kumbahan yang tidak dirawat lebih daripada dua kali ganda jumlah pada tahun 2022, tambahnya.

    Pencinta alam sekitar semakin menyuarakan kemarahan terhadap peningkatan pencemaran di pantai dan laluan air UK, dan telah menyalahkan syarikat air swasta. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...