Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Eriksen bakal kembali beraksi

    LONDON, 31 JAN – Christian Eriksen telah melengkapkan kepulangan yang luar biasa ke Liga Perdana Inggeris (EPL), menandatangani kontrak dengan Brentford hanya tujuh bulan selepas mengalami serangan jantung pada Kejohanan Eropah tahun lalu.

    Pemain antarabangsa Denmark itu meninggalkan Inter Milan pada Disember lalu atas persetujuan bersama ketika membuat pembedahan defibrilator kardioverter implan, atau ICD, yang dipasangnya bermakna dia tidak dibenarkan bermain dalam bola sepak Itali.

    Tetapi EPL tidak mempunyai peraturan yang sama dan Brentford mengeluarkan kenyataan hari ini yang mengesahkan mereka telah menandatangani bekas pemain Tottenham itu sehingga akhir musim, tertakluk kepada pelepasan antarabangsa.

    Eriksen, 29, yang telah berlatih dengan pemain remaja di bekas kelabnya, Ajax, berkata dia ingin sekali untuk kembali seperti yang dinyatakan dalam sebuah video pendek di laman Twitter milik Brentford.

    “Hai semua, ini Christian Eriksen,” katanya. “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya telah menandatangani kontrak untuk Kelab Bolasepak Brentford dan saya tidak sabar untuk memulakannya dan semoga saya akan berjumpa dengan awda semua tidak lama lagi.” – AFP

    Christian Eriksen telah menandatangani kontrak dengan Brentford hanya tujuh bulan selepas mengalami serangan jantung pada Kejohanan Eropah tahun lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...