Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    ESG jadi pertimbangan utama semasa buat pelaburan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memastikan pelanggan mengikuti perkembangan terkini dalam pasaran global, Baiduri Capital telah mengadakan seminar bertajuk Navigating the World of Responsible Investment di Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Baiduri Capital, kira-kira 80 orang menghadiri seminar berkenaan yang menampilkan dua pakar daripada rakan kongsi dana Baiduri Capital, iaitu Winnie Tan dari Allianz Global Investors dan Lim Beng Eu dari UOB Asset Management.

    Mereka bercakap tentang bagaimana faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kini menjadi pertimbangan utama semasa melabur, serta berkongsi pengalaman dalam menguruskan risiko dan peluang ESG.

    Pelaburan ESG lebih dikenali sebagai ‘pelaburan bertanggungjawab secara sosial’ dan ‘pelaburan mampan’.

    Ia merujuk kepada pelaburan yang mengutamakan faktor atau hasil alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Konsep Pelaburan ESG juga berdasarkan andaian yang semakin meningkat bahawa prestasi kewangan organisasi semakin terjejas oleh faktor persekitaran dan sosial.

    Lim Beng Eu menyentuh mengenai pelaburan bagi keuntungan dan tujuan semasa seminar berkenaan.
    Brian Wong semasa menyampaikan ucapan pada seminar bertajuk Navigating the World of Responsible Investment yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.

    Seminar turut diisikan dengan beberapa sesi soal jawab serta permainan interaktif bersama tetamu dengan menawarkan hadiah eksklusif.

    Pengurus Besar Baiduri Capital, Brian Wong dalam ucapan alu-aluannya menekankan kepentingan melabur secara bertanggungjawab, dan bagaimana pelabur boleh melakukan bahagian mereka untuk membuat sumbangan sebenar dan bermakna ke arah meningkatkan kemapanan, pada masa yang sama menjana pulangan yang menarik.

    “Salah satu matlamat kami di Baiduri Capital adalah untuk memastikan awda mendapat maklumat terkini tentang trend pasaran semasa dan perkembangan penting melalui seminar seperti ini.

    “Kami juga berhasrat untuk memberikan awda instrumen pelaburan yang berkaitan dan maklumat terkini supaya awda boleh membuat keputusan yang lebih termaklum untuk pelaburan awda,” ujarnya.

    Sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menggalakkan kesedaran mengenai pelaburan yang bertanggungjawab, Baiduri Capital mengadakan promosi berterusan bagi
    Dana ESG bulan ini.

    Sehingga penghujung September ini, pelabur yang mendaftar bagi dana berkenaan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...