Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Eyka tolak peluang keemasan

    Diberi kepercayaan membintangi naskhah terbitan negara seberang, Indonesia menerusi drama rantaian, Pretty Little Liars menjadi peluang yang berharga buat pelakon kecil molek, Eyka Farhana.

    Eyka berkata, peluang itu sangat bagus buatnya untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan, namun tawaran kembali menjayakan musim ketiga naskhah adaptasi drama Hollywood itu terpaksa ditolak ekoran pandemik COVID.

    “Sepatutnya, saya menjayakan sambungan Pretty Little Liars musim ketiga, tahun lalu. Namun, sempadan negara belum dibuka, jadi saya terpaksa menolak.

    “Syarikat produksi pula mengatakan jadual tidak boleh ditukar kerana semuanya sudah diatur. Jadi, tidak tahu macam mana nak buat, saya pun sudah cuba pelbagai cara.

    “Tambah lagi, saya sedang menjayakan penggambaran drama bersiri, Dukun Diva, tetapi pihak produksi melepaskan saya untuk ke Indonesia.

    Eyka berkata, peluang itu sangat bagus buatnya untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan, namun terpaksa ditolak. – Agensi

    “Malangnya, kerajaan masih tidak membenarkan kita ke luar negara,” katanya kepada media.

    Ekoran itu, pihak produksi Pretty Little Liars 3 terpaksa menukar pelakon lain menggantikan Eyka.

    Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkata, watak Ema terpaksa digantikan dengan pelakon lain iaitu Caitlin Halderman.

    “Secara jujurnya, saya kecewa sangat. Ia adalah satu daripada impian untuk berlakon di Indonesia.

    “Jadi, apabila mendapat peluang pasti saya mahu teruskan, apatah lagi, drama Pretty Little Liars akan bersambung sehingga musim kelima.

    “Disebabkan rasa kecewa, saya tidak keluar bilik selama seminggu. Namun, apabila saya fikir balik, mungkin ada rezeki lain. Jadi, kalau diberikan tawaran lagi untuk berlakon di Indonesia, saya tidak akan menolak,” katanya.

    Sementara itu, Eyka yang kini muncul dengan filem Autumn in Wales berkongsi pengalamannya bekerja bersama produksi negara seberang itu.

    “Dari segi persekitaran kerja, banyak benda yang dipelajari. Antaranya, cara mereka bekerja dan mendapat ilmu baharu apabila bekerjasama dengan barisan pelakon Indonesia.

    “Pada awalnya, saya gementar kerana hanya saya seorang sahaja pelakon dari Malaysia, tetapi mereka sangat profesional,” katanya.

    Tambahnya, sikap profesional pasukan produksi membuatkannya selesa untuk bekerja.

    “Walaupun jumlah kru agak ramai iaitu dua kali ganda berbanding pasukan produksi Malaysia, mereka tetap berjaya membuatkan saya selesa. Sistem kerja di Indonesia berbeza dengan Malaysia,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...