Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Gazprom gantung penghantaran gas ke Eropah

    LUBMIN, JERMAN, 31 OGOS – Syarikat tenaga gergasi Rusia, Gazprom hari ini menggantungkan penghantaran gas ke Jerman pada saluran paip utama, siri penggantungan bekalan terbaharu yang telah mengakibatkan krisis tenaga di Eropah.

    Gazprom berkata bekalan melalui Nord Stream 1 ‘dihentikan sepenuhnya’ bagi ‘kerja-kerja pencegahan’ di unit pemampat, tidak lama selepas pengendali rangkaian gas Eropah, ENTSOG mengumumkan bahawa penghantaran telah dihentikan.

    Gazprom juga berkata ia akan menggantungkan bekalan gas kepada pembekal utama Perancis, Engie bermula esok selepas ia gagal membayar semua penghantaran pada Julai.

    Penggantungan terbaharu dibuat ketika negara-negara Eropah berdepan harga tenaga yang melambung sejak Rusia menceroboh Ukraine pada lewat Februari dan semenjak itu menghentikan penghantaran gas ke rantau berkenaan.

    Jerman, yang sangat bergantung kepada gas Rusia, mendakwa Moscow menggunakan tenaga sebagai ‘senjata’.

    Tetapi Gazprom berkata kerja-kerja penyelenggaraan selama tiga hari ‘patut dibuat’ dan terpaksa melakukannya selepas ‘operasi setiap 1,000 jam’.

    Sementara itu, Ketua Agensi Rangkaian Persekutuan Jerman, Klaus Mueller menggelarnya keputusan ‘yang tidak boleh difahami’, memberi amaran bahawa ia sebagai alasan oleh Moscow untuk melengahkan bekalan tenaga sebagai satu ancaman.

    Melalui pengalaman menunjukkan bahawa Moscow “membuat keputusan berunsurkan politik selepas melakukan apa yang digelar mereka sebagai penyelenggaraan,” katanya, menambah bahawa “kami akan mengetahui pada awal September sekiranya Rusia berbuat perkara sedemikian sekali lagi.” – AFP

    Kemudahan penyimpanan gas di Jerman. Gazprom menggantungkan penghantaran gas ke Jerman pada saluran paip utama, siri penggantungan bekalan terbaharu yang telah menyebabkan krisis tenaga di Eropah. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...