Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

GCF lulus AS$590 juta biayai projek iklim

SEOUL, 17 MAC – Green Climate Fund (GCF), sebuah organisasi antarabangsa untuk menangani perubahan iklim, meluluskan pembiayaan sebanyak AS$590 juta untuk laksanakan projek di 33 negara, kata kementerian kewangan pada Jumaat.

Lembaga GCF mengesahkan rancangan pembiayaan untuk tujuh projek, termasuk projek kerjasama dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Bank Dunia, menurut Kementerian Ekonomi dan Kewangan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat lima hari lembaga itu di Incheon, Korea Selatan, 27 kilometer barat Seoul, yang bermula Ahad, lapor Yonhap.

GCF mengambil bahagian dalam 216 projek bernilai AS$45 bilion setakat ini, menyumbang sekitar AS$12 bilion, termasuk projek yang baru diluluskan.

Projek seumpama itu telah membantu mengurangkan 2.5 bilion tan pelepasan gas rumah hijau dan memberi manfaat kepada kira-kira 913 juta orang, katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -