Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Guardian Raya untuk Semua dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Dengan bulan Syawal bakal menjelang kurang dari dua minggu sahaja lagi, Guardian sekali lagi membawakan Guardian Raya untuk Semua bermula hari ini hingga akhir Mac.

    Pelancaran acara yang berlangsung di Pusat Membeli-belah OneCity, Kampung Sungai Hanching itu disempurnakan oleh Ketua Guardian Brunei, Jennifer Yang.

    Selain memberikan peluang orang ramai mendapat keperluan penjagaan kesihatan dan kecantikan daripada pelbagai jenama, acara tiga hari itu juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk memberikan peluang pengunjung membawa pulang hadiah menarik.

    Selain itu, acara berkenaan direka untuk meraikan Hari Raya dan memberikan pengalaman menarik kepada pelanggan di samping peluang untuk mempamerkan rangkaian pelbagai produk yang ditawarkan oleh pembekal dalam suasana perayaan dan inklusif.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk peraduan mewarna, demo mekap, Glow & Snap, Wardah Glamour, permainan, teka-teki raya dan banyak lagi.

    Selain kemeriahan dan aktiviti yang menarik, acara turut menyaksikan penyampaian hadiah untuk pemenang Giveaway Trending Now dan Raya Fav Moments Guardian.

    Jennifer Yang dan para pengunjung bergambar ramai pada acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN GUARDIAN
    Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menyertai beberapa aktiviti yang telah disediakan pada acara berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Puting beliung di selatan China ragut 5 nyawa, rosakkan ratusan kilang

    BEIJING, 28 APRIL - Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China kelmarin, membunuh lima orang dan merosakkan lebih 140 bangunan kilang, kata media...