Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ekonomi Brunei dijangka meningkat 2.7%

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Ekonomi Brunei diunjur akan mencatat pertumbuhan positif dengan peningkatan sebanyak 2.7 peratus bagi tahun ini, berdasarkan penerbitan terkini oleh Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan CSPS, Brunei Economic Outlook 2024 mengunjurkan bahawa sektor bukan minyak dan gas akan terus berkembang sehingga 2024 dalam usahanya dalam memperluaskan kepelbagaian ekonomi.

    Sektor minyak dan gas serta aktiviti hiliran dijangka akan menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2024.

    Pada 2023, Brunei telah mencatatkan pertumbuhan yang positif sebanyak 1.4 peratus setelah mengalami pertumbuhan negatif dua tahun berturut-turut, dan dalam separuh pertama 2023, terdapat penurunan pada pengeluaran sektor minyak dan gas serta aktiviti hiliran.

    Penurunan berkenaan telah berakhir pada suku ketiga (Q3) 2023 disebabkan penyelesaian aktiviti penyelenggaraan serta pemulihan dan KDNK melonjak semula pada suku keempat (Q4) 2023, dengan pertumbuhan sebanyak 6.8 peratus.

    Laporan Brunei Economic Outlook 2024 juga menyatakan bahawa sektor bukan minyak dan gas akan terus berkembang berbanding dengan sektor minyak dan gas.

    Perkembangan berkenaan menyumbang kepada Nominal Gross Value Added (GVA) iaitu pada kadar 53 peratus, dan ini menunjukkan perubahan struktur ekonomi dan dijangka akan meningkat pada tahun-tahun yang akan datang.

    Perubahan dalam struktur ekonomi ini akan memerlukan pemantauan yang berterusan bagi memastikan transisi ekonomi dapat ditangani secara berkesan dalam jangka masa panjang.

    Laporan lengkap boleh didapati di laman sesawang CSPS di www.csps.org.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...