Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Guru, pelajar sertai aktiviti Bahasa Arab terima sijil

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin telah mengadakan majlis takrim penghargaan guru-guru dan pelajar yang menyertai dalam aktiviti Bahasa Arab sekolah berkenaan sesi 2021-2022.

    Pada majlis yang berlangsung di auditorium sekolah tersebut, sijil-sijil penghargaan dan hadiah telah disampaikan oleh pemangku pengetua sekolah berkenaan, Haji Norhisyam bin Haji Mohd Noor.

    Anugerah kemuncak adalah penyampaian Majmu’ah atau Kumpulan Bahasa Arab Terbaik dengan pemenangnya disandang oleh Majmu’ah Al-Farahidiy.

    Majlis menyaksikan, 20 orang pegawai dan guru selaku ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program berkembar iaitu Pertukaran Budaya antara Kesultanan Brunei dan Oman telah menerima hadiah penghargaan.

    Manakala itu, seramai 52 pelajar Tahun 6 hingga 11 juga menerima penghargaan bagi penyertaan sembilan aktiviti Bahasa Arab yang telah diadakan dari 2021 hingga 2022.

    Antara aktiviti yang diadakan seperti Majmu’ah Nabi Bahasa Arab Contoh, cabaran membaca berita Bahasa Arab, penyampaian tazkirah ‘Fawaid Ramadaniyyah’, program ‘Ar-Rawabit Al-Ahada ‘Ashara Nahwal Imtiyaz dan lain-lain.

    Pelajar dan ahli jawatankuasa yang diraikan pada Majlis Takrim Penghargaan Bahasa Arab. – Gambar serahan Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...