Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hajah Kasum pandu pulang Toyota Rush

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Hajah Kasum binti Haji Maidin @ Awang Maidin membuat pilihan kotak yang tepat untuk memenangi hadiah utama Kempen Gembira Bersama Toyota sekaligus memilih untuk membawa pulang sebuah kereta Toyota Rush dalam cabutan utama yang berlangsung di Dewan Pameran Toyota, Gadong, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin dan Pengurus Besar Jualan Kanan NBT, Leong Cheng Soon.

    Semasa cabutan utama berkenaan, seramai 11 orang pelanggan bertuah yang telah disenarai pendekkan melalui tiga pusingan cabutan untuk berpeluang memenangi hadiah utama kempen itu.

    Setelah melalui tiga pusingan, Hajah Kasum membuat pilihan kotak yang bertuah dan telah memenangi hadiah utama kempen berkenaan di mana beliau boleh memilih satu daripada lima pilihan hadiah iaitu baucar membeli-belah bernilai $22,000 atau Wigo atau Vios atau Rush atau Kotak Gembira.

    Beliau telah memilih untuk membawa pulang kereta Toyota Rush di mana hadiah disampaikan oleh Haji Ahmad Omar.

    Sementara itu, lima pemenang bertuah lain masing-masing membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $2,000 dan lima orang lagi membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $1,000.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Hajah Kasum menyatakan perasaan syukur kerana memenangi hadiah utama dan pilihan hadiah Toyota Rush itu akan dijadikan kenangan memenangi kempen cabutan bertuah itu.

    Kempen diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan dengan memberikan mereka pengalaman yang menarik serta hadiah-hadiah yang hebat.

    Haji Ahmad Omar menyampaikan hadiah berupa Toyota Rush kepada Hajah Kasum yang memenangi hadiah utama Kempen Gembira Bersama Toyota di Dewan Pameran Toyota, Gadong,kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...