Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Hannah minta MSN siasat dakwaan komen pemain hoki wanita berbaur perkauman

    PUTRAJAYA, 31 JAN – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menjalankan siasatan berhubung komen seorang pemain hoki wanita negara yang didakwa berbaur perkauman.

    Menterinya, Hannah Yeoh berkata beliau turut meminta MSN mendapatkan maklumat daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi membantu siasatan mengenai perkara tersebut.

    “Setelah saya mendapat pandangan daripada MSN kita akan buat keputusan. Jadi hari ini MSN akan bincang dengan KHM, saya juga telah maklumkan kepada Datuk Seri Subahan Kamal (Presiden KHM),” katanya pada sidang media Sesi Townhall Bersama Industri Sukan di Menara KBS hari ini.

    Pagi ini tular di media sosial mengenai satu akaun Instagram dipercayai milik pemain hoki wanita Malaysia itu, yang didakwa meninggalkan komen berbaur perkauman pada ruangan hantaran berkaitan konsert penyanyi dan komposer legenda dari India di ibu negara Malaysia baru-baru ini.

    Menyedari komen beliau itu disalah tafsir sehingga mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan warganet, akaun yang menggunakan nama @niezhanis itu juga telah memuat naik permohonan maaf di laman Instagram Story hari ini.

    “Saya Hanis Nadiah Onn pemain hoki Malaysia dengan penuh rasa rendah diri dan tanggungjawab memohon maaf di atas satu hantaran komen yang dimuat naik secara sedar oleh saya pada 28 Januari lepas,” tulisnya.

    Beliau juga mengakui sedar akan implikasi komen tersebut membuatkan ramai pihak terkesan dan telah mengambil tindakan untuk memadam komen tersebut. – Bernama

    Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh mengadakan sidang media selepas sesi Townhall Bersama Industri Sukan di Menara KBS hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...