Sunday, April 28, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    H&M tamatkan perkhidmatan 1,500 pekerja

    STOCKHOLM, 30 NOV – Jenama fesyen murah, H&M berkata hari ini ia akan menamatkan perkhidmatan 1,500 pekerjanya sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan lagi kecekapan syarikat.

    Syarikat yang berpangkalan di Sweden itu berkata caj penstrukturan semula berjumlah lebih 800 juta kronor (AS$76 juta) akan dicatat dalam tiga bulan terakhir tahun ini. Pengurangan kakitangan dianggarkan memberikan penjimatan tahunan berjumlah kira-kira 2 bilion kronor.

    Ketua Pegawai Eksekutif Helena Helmersson berkata H&M “sangat prihatin dan sedar bahawa rakan sekerja akan terjejas oleh perkara ini. Kami akan menyokong rakan sekerja kami dalam mencari penyelesaian terbaik untuk mengorak langkah seterusnya.”

    H&M telah ditubuhkan di Sweden pada tahun 1947. Selain menjual pakaian, jenama kumpulan itu termasuk COS, Monki, Weekday, Cheap Monday, & Other Stories, H&M Home, ARKET dan Afound. Ia mempunyai kira-kira 4,664 kedai di 77 pasaran di samping 57 pasaran dalam talian. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...