Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    imagine Game Fest buka tirai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPTGame Fest yang julung kalinya dianjurkan oleh
    imagine Sdn Bhd dengan kerjasama Netcom Sdn Bhd telah membuka tirainya hari ini di Tingkat Bawah, Pusat Beli-belah Times Square.

    elbagai tawaran menarik dan diskaun diketengahkan sepanjang acara berkenaan yang bertujuan untuk memenuhi keperluan komuniti permainan video (gaming) di Brunei yang semakin berkembang dan dinamik.

    Hadir bagi merasmikan festival yang akan berlangsung selama tiga hari itu ialah Pengarah imagine, Allen On bersama Ketua Pegawai Eksekutif Netcom, Vincent Goh.

    Sepanjang festival itu, pengunjung berpeluang untuk mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan termasuk mencuba konsol permainan dan komputer riba terkini, kempen derma darah dan pada masa yang sama menyokong beberapa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

    Acara tersebut juga menampilkan peranti-peranti permainan elektronik terkini daripada jenama permainan popular seperti Alienware, Dell, Sony dan Nintendo.

    Allen On dan Vincent Goh bersama-sama merasmikan imagine Game Fest di Pusat Beli-belah Times Square di mana ia akan berlangsung selama tiga hari.
    Pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba permainan video yang disediakan.
    Orang ramai juga diberikan peluang untuk mencuba konsol permainan video di pesta tersebut.

    Pelancaran itu juga menandakan bermulanya kempen cabutan bertuah imagine yang akan berlangsung sehingga 15 November depan.

    Pelanggan baharu yang mendaftar dan bertukar kepada mana-mana pelan jalur lebar, mudah alih dan pakej imagine akan mendapat diskaun sehingga $500 sepanjang kempen berkenaan.

    Selain itu, pengunjung termasuk pelanggan sedia ada yang mendaftar semasa festival itu juga berpeluang menerima hadiah seperti produk imagine, baucar makanan dan minuman, selain berkesempatan untuk menyertai cabutan bertuah mingguan dengan cabutan utama akan diadakan pada penghujung tahun di mana dua orang pemenang bertuah akan memenangi $5,000 setiap seorang.

    imagine Game Fest juga bertujuan untuk mempamerkan keupayaan rangkaian telekomunikasi Brunei yang telah dinaik taraf baru-baru ini, yang menawarkan kelajuan sambungan gentian lancar sehingga 50Mbps sama ada untuk kegunaan rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...