Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Impian Fritz jadi kenyataan

    INDIAN WELLS, AMERIKA SYARIKAT, 21 MAC – Taylor Fritz mengejutkan Rafael Nadal 6-3, 7-6 (7/5) untuk merangkul kejuaraan ATP Indian Wells Masters dan menamatkan kemenangan sempurna 20-0 juara Grand Slam itu untuk tahun 2022.

    Fritz yang menghuni ranking ke-20 dunia meraih gelaran juara ke-dua dalam kariernya selepas Masters 1000 menafikan peluang Nadal untuk menyamai rekod 37 gelaran Masters.

    Pemain Amerika berusia 24 tahun itu mencapai kejayaan terbesarnya walaupun mengalami kecederaan di buku lali kanan yang sangat menyakitkan semalam sehingga tidak menyangka dapat meraih kejuaraan.

    “Ini hanyalah satu daripada impian zaman kanak-kanak, memenangi kejohanan ini di Indian Wells.

    “Ia adalah impian yang zaman kanak-kanak yang awda tidak pernah terfikir boleh menjadi kenyataan,” kata pemain kelahiran California sambil menahan sebak.

    “Saya asyik beritahu diri saya bahawa tidak adanya sebab kenapa saya tidak dapat memenangi perlawanan ini,” kata Fritz, yang menjadi juara lelaki Amerika pertama di Indian Wells sejak Andre Agassi pada 2001 dan pemenang lelaki paling muda Indian Wells sejak Novak Djokovic pada 2011.

    Sementara itu, Nadal yang berusia 35 tahun itu juga beraksi dalam kesakitan apabila dua kali menerima rawatan di bahagian atas badannya semasa perlawanan berlangsung, yang bukan sahaja menyakitkan tetapi juga menjejas pernafasannya.

    “Saya tidak tahu sama ada ia ada kena mengena dengan tulang rusuk, saya belum tahu lagi,” kata Nadal. “Kesakitan itu menghambat pergerakan saya.”

    Nadal telah pun berkata dia tidak akan mengambil bahagian dalam Miami Masters pada minggu depan untuk merehatkan tubuh badannya dan bersedia untuk beraksi dalam musim gelanggang tanah liat. – AFP

    Reaksi Taylor Fritz selepas menewaskan Rafael Nadal semasa kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas di Indian Wells, California pada 20 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...