Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Iqbal janji comeback tak lama lagi

    Sejak kebelakangan ini nama usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli dilihat agak sepi daripada sebarang kisah kontroversi yang membuatkan dirinya sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

    ‘Kehilangannya’ itu turut dirasai oleh pengikutnya sehinggakan ada yang bertanya mengapa Iqbal mendiamkan diri daripada media sosial selain berasa bosan tanpa cerita sensasi mengenainya dalam media.

    Menjelaskan mengenai perkara itu, Iqbal berkata, ketika ini dia memang jarang aktif di media sosial kerana menguruskan hal berkaitan perpindahan ke kediaman baharu selain sibuk di pejabat dan menjaga anak angkatnya.

    Iqbal berkata, ketiadaannya itu juga dapat memberi peluang kepada orang lain untuk tular dan tidak hanya kisah dirinya menjadi perhatian.

    “Selepas ini saya akan aktif semula… Sementara itu, saya beri ruang kepada orang lain pula tular.

    Iqbal kini sibuk dengan urusan pindah rumah, perniagaan dan menjaga anak. – Agensi

    “Kasihan media asyik tulis cerita saya sahaja. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan mereka mahu hadap muka saya sahaja setiap masa,” katanya dalam Instagram Story.

    Sebelum ini, Iqbal menjadi perhatian selepas mendedahkan membeli sebuah banglo mewah berharga RM5 juta yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

    Usahawan itu memberitahu memilih lokasi itu kerana ia berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur yang memudahkan urusan hariannya.

    Dalam pada itu, Iqbal mengakui berasa tidak selesa apabila ada permin-taan daripada pengikutnya yang mahu melihat rumah mewah itu dan hiasan dalamannya.

    Kata Iqbal, dia tidak gemar berkongsi tentang rumah atau kereta di media sosial kerana merasakan ada sesetengah benda itu perlukan privasi.

    “Dah siap rumah ini, saya pun ingat nak buat makan-makan santai sedikit,” katanya yang memberitahu sudah menghabiskan RM200,000 untuk kerja-kerja ubah suai kediaman berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...