Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Iran didakwa seludup senjata ke Yaman

    WASHINGTON, 9 JAN – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendapati beribu-ribu senjata yang dirampas di Laut Arab berkemungkinan dibawa dari sebuah pelabuhan di Iran, membuktikan Tehran mengeksport senjata ke Yaman dan tempat lain, menurut laporan The Wall Street Journal kelmarin.

    Yaman telah dilanda perang saudara sejak 2014, melaga-lagakan pemberontak Huthi yang disokong Iran menentang kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    PBB mengenakan sekatan senjata ke atas Huthi pada 2015.

    AS serta sekutu Arab Saudi – yang mengetuai pakatan tentera yang menyokong kerajaan Yaman – telah lama menuduh Iran membekalkan senjata kepada Huthi, satu tuduhan yang dinafikan Tehran.

    Memetik laporang sulit oleh panel pakar Majlis Keselamatan PBB mengenai Yaman, Jurnal itu menulis bahawa bot dan pengangkutan darat digunakan untuk menyeludup senjata buatan Rusia, China dan Iran ke Yaman.

    Senjata itu termasuk pelancar roket, mesingan dan senapang penembak tepat, yang telah dirampas oleh tentera laut AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Bot yang digunakan untuk mengangkut senjata telah berlepas dari pelabuhan Jask di tenggara Iran, menurut laporan PBB, berdasarkan temu bual dengan kru bot dan data daripada instrumen pemanduan di atas kapal. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...