Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Iran perkenal teknologi baharu rawat kanser darah

    TEHRAN, 15 NOV – Saintis perubatan Iran memperkenalkan teknologi baharu yang berasaskan terapi gen untuk merawat pesakit kanser darah.

    Seorang pegawai dari Pejabat Presiden Iran bagi Sains dan Teknologi pada Selasa berkata penyelidik mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk membangunkan kaedah terapi gen baharu bagi merawat kanser darah.

    Agensi berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Amir Ali Hamidieh berkata kadar kejayaan rawatan itu hampir 70 peratus.

    Sebuah syarikat permulaan Iran telah membangunkan kaedah rawatan yang kekal dimonopoli dua syarikat multinasional, kata Hamidieh.

    Beliau berkata kaedah itu telah diuji buat kali pertama ke atas pesakit kanser darah di Iran selepas  diluluskan Universiti Sains Perubatan Tehran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...