Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat sertai majlis anjuran KHEU, JPM

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, malam tadi, tidak ketinggalan menyertai Majlis Malam Munajat yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, secara maya di Surau Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

    Turut hadir bagi memeriahkan majlis itu ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara serta pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat.

    Majlis Malam Munajat diadakan untuk memohon keampunan dari Allah SWT serta dengan bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin dan berzikir, mendoakan supaya rakyat dan negara terhindar daripada segala bencana dan penyakit merbahaya khasnya wabak COVID-19 yang masih melanda di negara ini.

    Majlis tersebut juga diteruskan dengan bacaan Asmaul Husna dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin ketika menghadiri majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...