Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Jabatan Mufti Kerajaan bertahlil di kubah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Majlis tersebut diadakan bersempena 60 tahun penubuhan Institusi Fatwa di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 1962 hingga hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Turut hadir ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Penolong Mufti (Buhuth), Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof; Penolong Mufti (Ifta), Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah, serta warga jabatan tersebut.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Istinbad Kanan, Haji Muhd Ahmad Roza bin Haji Daud, diikuti dengan bacaan tahlil dan diakhiri dengan Doa Tahlil serta Doa Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Penolong Ketua Urus setia Fatwa, Haji Hazimin bin Haji Ibrahim.

    Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bersama warga Jabatan Mufti Kerajaan mengadakan tahlil di Kubah Makam Diraja di Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...