Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Jaga kebersihan semasa mempersiapkan hidangan

    Perkhidmatan restoran atau kedai makan yang baik adalah layanan yang baik kepada pelanggan, cekap, cepat dan paling utama adalah dari segi kebersihan daripada segi penyediaan makanan.

    Sejajar dengan namanya kedai makan segera, setentunya penyediaan makanan yang diharapkan oleh pelanggannya adalah cepat.

    Namun, harapan pelanggan untuk mendapatkan makanan dengan sesegera yang mungkin perlukah para petugas menyediakan makanan dengan semberono dan asal siap? Lebih menyedihkan lagi makanan yang disediakan tergugur dari bekasnya diambil semula tanpa menggantikan yang lain.

    Tidak ada maknanya jika kedai atau kiosk makanan mendapatkan tahap kebersihan yang tinggi jika para petugasnya kurang mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan.

    Apa yang menyedihkan, ketika pelanggan menegur malah dijawab dengan kasar dan kononnya makanan yang gugur berkenaan masih selamat untuk dimakan.

    Bila laporkan kepada pihak ketua bahagian, sungguh menghampakan ketua yang bertugas entah hilang ke mana.

    Diharap pihak-pihak restoran terutama sekali pihak restoran makanan segera untuk memantau tugas pekerja-pekerja mereka. Meskipun kecepatan makanan yang diharapkan namun kebersihan lebih pelanggan utamakan.

    Geram

    Meskipun para pelanggan berharap mendapatkan pesanan sesegeranya namun kebersihan dari segi penyediaannya lebih diutamakan. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...