Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak

    JAKARTA, 30 MAC – Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen vaksinasi polio pada 3 April selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di daerah Purwakarta dijangkiti penyakit itu.

    Dalam satu kenyataan, Gabenor Ridwan Kamil berkata kempen imunisasi selama sebulan itu menggunakan vaksin polio oral yang dititiskan ke dalam mulut, menyasarkan empat juta kanak-kanak.

    Perkhidmatan Kesihatan Jawa Barat akan mengetuai kempen itu dengan sokongan daripada Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membasmi polio,” katanya.

    Kempen vaksinasi itu dijalankan selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari kampung Tegal Datar, mukim Maniis, disahkan menghidap Vaccine-Derived Poliovirus Type-2, pada 14 Mac. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...