Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Jenayah meningkat, perintah berkurung diperkenalkan

    SYDNEY, 27 MAC – Ibu negeri Pedalaman Australia, Alice Springs, memperkenalkan perintah berkurung selama dua minggu bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun hari ini, ketika pihak berkuasa dalam komuniti bermasalah itu bergelut dengan peningkatan pergolakan baru-baru ini.

    Pekan yang mempunyai 25,000 penduduk itu, yang terletak di tengah-tengah Australia, telah lama bergelut dengan jenayah dan masalah sosial, sebahagiannya dipengaruhi oleh ketegangan antara masyarakat Orang Asli dan penduduk kulit putih serta masalah pengambilan alkohol.

    Baru-baru ini, keadaan menjadi semakin tegang sejak kematian seorang remaja, yang meninggal dunia apabila kereta yang didakwa dicurinya terlibat dalam kemalangan dua minggu lalu.

    Satu upacara pengebumian telah diadakan untuk remaja tersebut kelmarin, dengan keganasan meletus selepas itu sehingga pihak berkuasa mengaitkannya dengan pertikaian keluarga.

    “Anak-anak muda yang terlibat dalam upacara tersebut mengambil keputusan untuk pergi ke Todd Tavern, tempat di mana beberapa ahli keluarga lain tidak berkongsi hubungan yang harmoni, dan seterusnya mula menyerang premis itu dengan batu dan bata,” kata Pesuruhjaya Polis Northern Territory, Michael Murphy.

    Polis berkata sehingga 150 orang terlibat dalam serangan pub, pergaduhan berasingan dan kejadian lain kelmarin.

    Perintah berkurung baharu akan dikenakan kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun di pusat bandar dari jam 6 petang hingga 6 pagi selama dua minggu bermula malam ini.

    Ketua Menteri Northern Territory, Eva Lawler berkata mereka yang melanggar perintah itu akan ‘dibawa pulang atau dibawa ke tempat selamat’ jika ditemui. Kerajaan juga akan menghantar 58 pegawai polis tambahan ke Alice Springs. – AFP

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...