Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jujurlah dalam perniagaan

    Berkenaan surat pembaca bertajuk ‘Peniaga perlu tingkatkan kebersihan jualan’ oleh Pembeli Tertipu yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 6 April lalu, menekankan tentang tahap kebersihan jualan para peniaga di gerai-gerai Ramadan di negara ini.

    Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau kerana sesetengah peniaga hanya memikirkan keuntungan daripada kejujuran semasa berniaga. Walhal seperti yang kita tahu, bulan Ramadan merupakan medan latihan untuk memupuk kesabaran, tolak ansur dan kejujuran namun ia hanya diambil ringan dan dianggap tidak penting.

    Sebagaimana yang saya alami sendiri baru-baru ini ketika membeli seekor ayam untuk juadah berbuka puasa, di mana ayam tersebut tidak dapat dimakan kerana teksturnya keras dan dalam keadaan basi.

    Walhal semasa membeli, peniaga mempamerkan ayam yang dijual nampak segar dan peniaga itu sendiri mengatakan baharu saja dimasak. Namun apa yang diberikan kepada pembeli adalah ayam dalam keadaan keras dan basi berkemungkinan ayam berkenaan dijual berulang kali yang tidak habis terjual hari sebelumnya.

    Saya juga menemui semula peniaga berkenaan dan mempersoalkan mengenainya, namun beliau menafikan menjual ayam berulang kali malah mengatakan saya membeli di tempat yang lain.

    Sehubungan itu, nasihat saya kepada kepada para peniaga, biarlah rezeki yang diperoleh daripada hasil perniagaan yang jujur.

    Pembeli

    Keadaan ayam yang dibeli oleh penulis. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...