Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Junta beri pengampunan kepada 7,000 tahanan

    NAYPYIDAW, MYANMAR, 4 JAN – Junta Myanmar telah mengumumkan pengampunan bagi 7,000 tahanan untuk memperingati Hari Kemerdekaan hari ini susulan pertunjukan kuasa di ibu negara, beberapa hari selepas menambah hukuman penjara tokoh demokrasi Aung San Suu Kyi kepada 33 tahun.

    Banyak kawasan negara itu telah diselubungi pertempuran antara tentera junta dan pemberontak anti rampasan kuasa sejak tentera merampas kuasa hampir dua tahun lalu.

    Junta, yang baru-baru ini mengakhiri satu siri perbicaraan tertutup Suu Kyi, bersedia bagi pilihan raya baharu lewat tahun ini yang Amerika Syarikat katakan satu ‘kepura-puraan’.

    Kereta-kereta kebal, pelancar misil dan kereta berperisai berarak dari subuh di ibu kota Naypyidaw, wartawan-wartawan AFP berkata, memulakan pertunjukan tentera memperingati 75 tahun sejak Myanmar mendapat kemerdekaan daripada Britain.

    Kakitangan awam dan pelajar-pelajar sekolah menengah mengekori tentera-tentera dengan diiringi oleh pancaragam tentera sementara 750 ekor merpati ‘keamanan’ dilepaskan untuk memperingati sambutan itu, menurut media kerajaan.

    Lewat hari ini, junta mengumumkan bahawa ia akan membebaskan 7,012 tahanan bagi memperingati ulang tahun berkenaan, walaupun ia tidak menyatakan sama ada pengampunan itu akan termasuk mereka yang dipenjara sebagai sebahagian daripada tindakan tegas terhadap penentang.

    Jurucakap junta, Zaw Min Tun tidak memberi respons kepada permintaan AFP bagi komen-komen mengenai sama ada Suu Kyi akan dipindahkan dari penjara kepada tahanan rumah sebagai sebahagian daripada pengampunan itu. – AFP

    Anggota keluarga menanti bagi tahanan-tahanan dibebaskan dari Penjara Insein di Yangon, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...