Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Neelofa tampil jelaskan gambar individu bercuti

    Pelakon dan usahawan, Neelofa tampil memberi penjelasan setelah ramai yang salah faham terhadap nasihatnya berhubung isu individu yang mengembara ke luar negara untuk menikmati momen dan bukan untuk mencipta konten media sosial semata-mata.

    Neelofa, menerusi perkongsiannya di laman Tik Tok, menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menyampaikan kepada mana-mana individu berhubung kenyataannya itu malah turut menyifatkan apa yang disebarkan oleh segelintir individu itu hanya fitnah sahaja.

    “Assalamualaikum, saya baru sedar ada segelintir yang salah faham tentang apa yang saya nak sampaikan dan ada juga media yang menjadikan perkara itu sebagai story dan cuba untuk seolah-olah memasukkan kefahaman yang berbeza.”

    “Jadi, saya nak jelaskan apa sebenarnya yang saya maksudkan daripada pernyataan yang saya buat itu. Sebenarnya tiada niat apa-apa pun, tiada niat untuk ditujukan kepada siapa-siapa, tiada individu tertentu yang saya maksudkan. Demi Allah, apa yang diperkatakan oleh orang ramai itu adalah fitnah 100 peratus,” katanya.

    Tambahnya lagi, dia turut meminta orang ramai untuk tidak salah faham dengan apa yang telah dikatakan olehnya, serta menjelaskan bahawa dia hanya melakukan perkara yang sama seperti merakam video dan mengambil gambar sebagai kenangan.

    “Tolong jangan salah faham dengan apa yang saya sampaikan. Tolong ambil video dan ambil foto. Kerana saya sendiri juga akan berbuat demikian. Saya akan pos IG story, saya akan pos di feed gambar dan video semuanya. Saya akan lakukan itu dan bukan pula saya melarang pos gambar itu dan gambar ini. Saya tidak bermaksud sedemikian,” ujarnya. – Agensi

    Neelofa minta orang ramai untuk tidak salah faham apa yang diperkatakan olehnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...