Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Kalah kepada Oman bukan penamat’

    KUALA LUMPUR, 27 MAC – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kelmarin.

    Pan Gon bagaimanapun menyifatkan kekalahan kedua itu bukan satu pengakhiran buat anak buahnya yang kini mengharapkan keajaiban pada baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

    “Ini perlawanan yang sangat sukar. Saya sebagai ketua dan jurulatih, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri awda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik.

    “Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan. Jika ada keajaiban, kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

    Pengendali dari Korea Selatan itu masih optimis bahawa para pemainnya mampu menggunakan peluang sebaiknya untuk mempamerkan kebangkitan semula di kelab masing-masing apabila saingan Liga Malaysia (Liga-M) membuka tirai Mei ini.

    Sementara itu, jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengaku hadapi cabaran yang lebih sukar dalam perlawanan kali ini. Katanya berbekalkan semangat sepasukan, mereka berjaya mendapat keputusan seperti diinginkannya. – Bernama

    Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon pada sidang media perlawanan antara Malaysia dan Oman pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Sukan Asia 2027 di Wisma FAM pada 25 Mac lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...