Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kapal Moskva Rusia karam

    MOSCOW, 15 APRIL – Rusia kelmarin berkata kapal utama armadanya di Laut Hitam, kapal penjelajah peluru berpandu Moskva, tenggelam dalam laut bergelora ketika ia ditunda ke pelabuhan selepas rosak akibat letupan.

    Moskva hilang kestabilan berikutan kerosakan serius pada badan kapal selepas peluru di atas kapal itu meletup, kata Kementerian Pertahanan Rusia, sambil menambah anak-anak kapal dipindahkan ke kapal lain, lapor Xinhua.

    Moskva ‘rosak teruk’ disebabkan letupan peluru di atas kapal akibat kebakaran, tetapi ia kekal terapung selepas api dipadamkan, kata kementerian itu.

    Gabenor Wilayah Odessa Ukraine, Maksim Marchenko pada Rabu berkata di Telegram bahawa pengawal sempadan Ukraine di Snake Island menggunakan peluru berpandu jelajah anti-kapal Neptune untuk membedil  kapal penjelajah peluru berpandu itu sehingga mengalami kerosakan yang ‘sangat serius.’

    “Memandangkan laut bergelora, kapal tersebut tenggelam,” kata agensi berita Rusia TASS memetik kementerian pertahanan.

    Sementara itu, jurucakap tentera Odessa Sergey Bratchuk mengesahkan kapal itu telah terkena peluru berpandu Neptune. Di Washington, jurucakap Pentagon John Kirby berkata beliau tidak dapat mengesahkan kedua-dua kenyataan, tetapi menekankan penenggelaman Moskva memberikan ‘tamparan hebat’ kepada armada Laut Hitam.

    Armada itu telah menyekat bandar pelabuhan selatan Mariupol, di mana pegawai Rusia berkata ia berada di bawah kawalan penuh mereka. – Bernama/AFP

    Gambar fail menunjukkan Moskva sedang memasuki teluk Sevastopol. Moskva tenggelam dalam laut bergelora ketika ia ditunda ke pelabuhan selepas rosak akibat letupan.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...