Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Kek bulan jenama October Fifth mengandungi bahan tidak halal

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Produk kek bulan (mooncake) jenama October Fifth yang dijual di beberapa pasar raya di negara ini didapati mengandungi arak dan minyak bersumberkan khinzir (lard).

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, memaklumkan dapatan itu adalah hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) setelah menerima aduan orang ramai tentang produk terbabit.

    Semua pengimport, pasar raya dan kedai di negara ini juga dinasihatkan melakukan tindakan pengasingan serta-merta jika terdapat produk yang sama diedarkan dan dijual di premis masing-masing.

    Sehubungan dengan itu, KHEU juga mengingatkan kepada pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk import yang akan dijual kepadaorang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan produk-produk yang halal tidak bercampur dengan yang tidak halal.

    Ini demi menjaga maslahat masyarakat Islam di negara ini dari terjebak mengambil dan memakan produk yang tidak halal atau diragui kehalalannya.

    Di samping itu, KHEU gama mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat berhubung perkara ini dan bagi
    sesiapa yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak halal secara terbuka di premis-premis perniagaan bolehlah dibuat terus ke BKMH dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

    Antara produk kek bulan jenama October Fifth yang didapati mengandungi bahan-bahan tidak halal yang tertera pada bungkusannya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...