Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenaikan harga bahan api, kekurangan beras tambah kesusahan di Myanmar

    YANGON, 19 OGOS – Berpuluh-puluh orang beratur dalam cuaca hujan renyai-renyai musim tengkujuh untuk mendapatkan minyak masak bersubsidi di hab komersial Yangon, Myanmar, salah satu daripada banyak komoditi yang semakin berkurangan apabila bandar itu berhadapan kemelesetan ekonomi.

    Ekonomi negara Asia Tenggara itu merosot berikutan rampasan kuasa tentera tahun lalu dan dikeruhkan lagi dengan percubaan junta untuk merampas pertukaran asing serta peraturan tidak menentu yang mengawal perniagaan dan import.

    Taraf kehidupan yang tinggi di tengah-tengah kenaikan harga komoditi global yang dicetuskan oleh pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, menyebabkan ramai bergelut untuk bertahan dan bergantung kepada subsidi atau bantuan dana.

    Pada Julai, Bank Dunia menyatakan kira-kira 40 peratus penduduk dunia hidup di bawah garis kemiskinan negara. Tambahnya, inflasi indeks harga pengguna mencecah 17.3 peratus dari tahun ke tahun pada Mac.

    Akhbar Global New Light of Myanmar membawakan laporan hampir setiap hari mengenai kenaikan kos beras, telur, sayur-sayuran, perjalanan bas dan sewa.

    Minggu lalu, harga satu liter diesel melonjak sekitar enam sen AS semalaman kepada paras tertinggi AS$1.15 satu liter.

    “Kalau kami masak di rumah, tiada bekalan elektrik dan nasi mahal untuk dibeli,” kata Lay Lay, 68, salah seorang daripada ratusan yang beratur di sebuah pondok untuk mendapatkan hidangan kari dan nasi percuma. – AFP

    Orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan percuma di sebuah jalan di Yangon, Myanmar pada 17 Ogos lalu. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda