Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Keputusan Pra-STPUB dan STPUB dikeluarkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Daripada 291 orang calon pelajar Pra-U1 yang telah menduduki Peperiksaan Pra-Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (Pra-STPUB), 289 orang calon iaitu 99.31 peratus telah memperoleh sekurang-kurangnya satu pangkat Jayyid (Kepujian).

    Seramai 221 orang calon iaitu 75.95 peratus pula telah berjaya memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam semua mata pelajaran di mana peningkatan sebanyak 7.09 peratus daripada pencapaian calon pada 2021.

    Keputusan berkenaan dikongsikan oleh Bahagian Peperiksaan, Jabatan Penga-jian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang telah mengeluarkan keputusan peperiksaan-peperiksaan Pra-STPUB dan STPUB 2022, hari ini.

    Kenyataan menyatakan, keputusan berkenaan adalah bagi calon-calon Pra-U1 dan Pra-U2 Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

    Bagi Peperiksaan STPUB pula, seramai 274 orang calon yang telah menduduki peperiksaan berkenaan, 261 orang calon iaitu 95.26 peratus telah lulus, peningkatan sebanyak 1.85 peratus berbanding 2021.

    Daripada jumlah pelajar yang lulus itu, 120 orang calon bersamaan dengan 43.8 peratus telah memperoleh pangkat Mumtaz iaitu cemerlang dengan peningkatan sebanyak 2.71 peratus berbanding tahun lalu.

    Sehubungan itu, pihak sekolah yang berkenaan boleh mengambil keputusan calon bagi sekolah masing-masing di Pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, KHEU.

    Calon-calon yang menduduki peperiksaan-peperiksaan tersebut boleh mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...