Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kes Omicron meningkat, India mula kempen vaksin penggalak

    NEW DELHI, 10 JAN – India memulakan kempen suntikan penggalak COVID-19 bagi pekerja barisan hadapan dan warga emas berusia 60 tahun ke atas hari ini ketika pihak berkuasa bergelut dengan penularan meningkat yang dipacu oleh varian Omicron.

    Hampir 180,000 jangkitan baharu direkodkan semalam, meningkat hampir enam kali ganda dari seminggu sebelumnya, dengan beberapa pusat di bandar mengenakan perintah berkurung malam dan sekatan ke atas perhimpunan awam.

    “Kami menyaksikan jumlah kes meningkat,” kata Sheetal Vaishnav, seorang doktor yang membantu menyelia vaksinasi hari ini di sebuah klinik di bandar New Delhi.

    “Ia adalah perlu untuk kami mula melindungi lebih ramai penduduk.” – AFP

    Warga emas India ketika menerima suntikan dos ketiga atau penggalak vaksin Covishield di Siliguri pada 10 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...