Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kes suplemen Jepun: 2 lagi kematian dicatatkan

    TOKYO, 28 MAC – Syarikat farmaseutikal Jepun yang suplemen dietnya menjadi punca kebimbangan kesihatan yang semakin meningkat melaporkan hari ini dua lagi kematian yang berkemungkinan berkaitan dengan tabletnya.

    Minggu lalu, Kobayashi Pharmaceutical telah menarik balik tiga jenama suplemen – ‘Beni Koji Choleste Help’ dan dua yang lain – selepas aduan pelanggan mengenai masalah buah pinggang.

    Produk-produk tanpa preskripsi itu mengandungi bahan yang dipanggil beras yis merah, atau ‘beni koji’, yang sepatutnya membantu menurunkan kolesterol.

    Pengumuman hari ini menjadikan jumlah kematian yang sedang disiasat oleh syarikat dan kementerian kesihatan kepada empat, dengan lebih 100 orang lain dimasukkan ke hospital.

    Perdana Menteri Fumio Kishida berkata di parlimen bahawa ‘selepas punca dikenal pasti, kerajaan akan meneliti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah kejadian serupa’. “Kami akan menjelaskan puncanya dan, jika perlu, saya fikir kita perlu mempertimbangkan semua langkah yang mungkin,” katanya.

    Kishida menjawab pertanyaan seorang ahli politik pembangkang yang menggesanya untuk menyemak semula rangka kerja keselamatan yang telah dilonggarkan di bawah bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe. – AFP

    Seorang lelaki berjalan melepasi papan tanda Kobayashi Pharmaceutical di luar pejabat syarikat itu di Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...