Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Khatam Al-Quran rai ulang tahun Radio Brunei ke-65

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena memperingati Ulang Tahun Perkhidmatan Radio Brunei ke-65 yang berlangsung di surau dan bilik mesyuarat As-Salam, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RTB, di sini, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah RTB, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim.

    Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim, takhtim dan Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Awang Abdul Qawiy bin Haji Mat Yamin dan Awang Mohd Naqiuddin bin Haji Ismail.

    Radio Brunei menyambut ulang tahun perkhidmatan setiap 2 Mei dan sejak mula bersiaran pada 2 Mei 1957, Radio Brunei memainkan peranan penting sebagai wadah penyalur maklumat, pendidikan dan hiburan kepada orang ramai.

    Haji Azman turut serta dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar, kelmarin. – Gambar serahan RTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...