Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    KHEU semarak HK39

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Bagi menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas 39 tahun kemerdekaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 (HK39) di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Majlis juga sebagai tanda semangat patriotik dan cintakan tanah air serta menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 dalam kalangan warga KHEU serta mengeratkan kerjasama dan integriti warga kementerian serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), Jabatan Pengajian Islam, Awang Mohd Ihtifazhuddin bin Suhaili diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Ia diteruskan dengan Ucapan Sekapur Sirih oleh pengerusi bersama majlis, Pengarah Pengajian Islam, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama turut hadir semasa acara berkenaan yang berlangsung Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin. – Gambar oleh Azlan Othman
    Antara yang hadir pada acara sempena HK39 berkenaan.

    Menurut Haji Shamshol, majlis itu merupakan program tahunan pihak kementerian bagi sama-sama meraikan dan menyemarak-kalangan warga KHEU.

    Beliau berkata, majlis berkenaan dikendalikan secara bermuafakat yang melibatkan jabatan-jabatan dan bahagian di bawah KHEU iaitu Jabatan Pengajian Islam (JPI), Jabatan Pentadbiran, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Bahagian Pendakwaan Syarie, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS dan Bahagian Teknologi Maklumat.

    Ini menggambarkan dan mencerminkan persefahaman, kesepakatan dan hubungan kerjasama yang mantap antara jabatan-jabatan di bawah KHEU. Dengan itu, acara-acara seumpamanya akan dapat dilaksanakan berterusan pada masa akan datang.

    Acara kemuncak majlis ialah sesi bual bicara bertajuk ‘Menyusuri Sejarah Tanah Air: Episod-episod Bersignifikan’ yang disampaikan oleh Pengetua Pusat Sejarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Antara tajuk-tajuk yang disentuh dalam sesi bual bicara tersebut ialah mengenai ‘Sejarah Pembentukan Perlembagaan’, ‘Penandatanganan Perjanjian Perlembagaan Negeri Brunei’, ‘Cabaran Kemerdekaan’ dan beberapa peristiwa-peristiwa penting sehinggalah Brunei mencapai kemerdekaan penuh pada 1 Januari 1984.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan puisi bertajuk ‘Merdeka Aman Tente-ram’ oleh Dayang Sinnadatul Bibiana binti Ali, mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, KUPU SB.

    Sejurus itu, persembahan Kalam Jamaie bertajuk ‘Ilmu Sebagai Asas Menjayakan Wawasan Brunei 2035’ di-bawakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Ugama Arab Mene-ngah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS).

    Acara diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah oleh mahasiswa KUPU SB.

    Majlis dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan KHEU, belia-belia masjid dan Program Keagamaan Belia, KHEU, mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB dan para pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan sekolah-sekolah Arab.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...